Sejarah

J/K Pengakreditasian IPGKTAR diwujudkan pada Disember 2008 dengan melibatkan 19 orang pensyarah. Hasil dari mesyuarat pertama di Hotel RH Sibu, J/K Pelaksana MQF (Malaysian Qualification Framework) IPGKTAR telah ditubuhkan dan diketuai oleh Encik Balachandran a/l Annamalai sebagai penyelaras pertama. Beliau dibantu oleh 9 orang Ketua Bidang dan 9 orang Penolong Ketua Bidang. 

Objektif utama penubuhan J/K Pelaksana MQF IPGKTAR peringkat awalnya bertempu kepada penyediaan pangkalan data serta dokumen berkaitan untuk pengakreditasian PISMP Ambilan Januari 2007.

Pada hujung tahun 2010, Encik Jamiran Bin Salam mengambilalih J/K Pelaksana MQF IPGKTAR.  Di bawah pimpinan beliau, J/K MQF IPGKTAR menumpukan usaha untuk menyediakan pangkalan data serta dokumen bukti bagi tujuan pengakreditasian Program Pemulihan Pendidikan Rendah Ambilan Januari 2009.  Beliau sering memberi taklimat tentang MQF kepada peringkat pengurusan atasan (MPPP), staf akademik serta staf sokongan IPGKTAR.

Pada Mac 2012, Encik Jamiran Bin Salam telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah IPGKBL.  Jawatan Penyelaras diambil alih oleh Dr. Gan We Ling.  Di bawah pimpinan penyelaras yang baharu, J/K Pelaksana MQF IPGKTAR bergerak ke arah persediaan menghadapi audit pematuhan bagi PISMP serta audit akreditasi bagi program DPLI, PPG dan PISMP TESL.  Ke arah itu, J/K Pelaksana MQF IPGKTAR bergiat melaksanakan audit dalaman untuk memantau dokumen di peringkat jabatan serta memberi taklimat penyediaan fail untuk para pelajar sebagai persediaan menghadapi audit daripada panel MQA.

Pada tahun 2012, pihak IPGM telah meletakkan J/K Pelaksana MQF di bawah Unit Pengurusan Kualiti & Keutuhan IPGK.  Pada bulan Disember 2012, pihak IPGM telah menjenamakan semula J/K Pelaksana MQF sebagai JAWATAN KUASA PENGAKREDITASIAN IPGK.  Struktur organisasi juga telah diubah dengan melantik Setiausaha Akademik sebagai Timbalan Pengerusi  Jawatan Kuasa Pengakreditasian IPGK.